Moyes tagih aksi Bowen

Iklan
Jarrod Bowen - Foto Skysports

PENGENDALI West Ham, David Moyes berharap menerima khabar gembira daripada penyerang Jarrod Bowen menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), berdepan Everton pada Ahad.

Menurut Moyes, dia sangat berharap penyerang berkenaan kembali cergas setelah tidak dapat beraksi akibat masalah kecederaan sejak beberapa minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Kita kehilangan Bowen berikutan masalah kecederaan yang dialaminya sejak beberapa minggu lalu.

"Oleh itu, kita berharap untuk menerima laporan perubatan terkini yang mengesahkan Bowen telah kembali cergas dan bersedia untuk diturunkan.

Iklan

"Ini kerana dengan kehadirannya (Bowen) jentera serangan kita diharapkan lebih menyengat,” katanya.

Bowen dilaporkan mengalami kecederaan ketika berdepan Liverpool pada 6 Mac lalu.

Iklan

Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu dilihat semakin pulih namun masih perlu menunggu laporan perubatan sebelum boleh beraksi.

Sementara itu, Moyes turut gembira dengan berita seorang lagi penyerang, Vladimir Coufal yang kini dilaporkan cergas dan bersedia untuk beraksi.

"Laporan mengenai situasi Coufal memang menggembirakan kita kerana pada saat-saat seperti ini, kita memang memerlukan khidmatnya bagi merobek gawang lawan dan membantu kemenangan pasukan.

"Tetapi, jika Bowen disahkan boleh beraksi, ia akan menjadi lebih baik kerana jentera serangan kita akan lebih mantap,” katanya.