KOTA BHARU - Pembukaan Bazar Siti Hawa di Mydin Tunjong di sini akan merancakkan lagi fasa pemulihan ekonomi di Kelantan dalam fasa endemik Covid-19.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, usaha memartabatkan dan memperkasakan perniagaan terutama membabitkan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sentiasa menjadi matlamat Mydin.
"Kami sentiasa membuka ruang membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka di Bazar Siti Hawa yang mempunyai 177 lot perniagaan.
"Pembukaan bazar ini memberi peluang pekerjaan kepada 300 individu dengan mengetengahkan pelbagai produk hasil tempatan termasuk kraftangan, makanan dan minuman tradisional negeri ini serta pakaian,” katanya pada Majlis Perasmian Bazar Siti Hawa di aras dua di Mydin Tunjong di sini pada Sabtu.

Ameer (kanan) dan Md Anizam Ab Rahman (dua dari kiri) melawat gerai barangan antik di Bazar Siti Hawa.