Israel cemari kesucian Ramadan

Iklan
IDF turut mengerahkan pasukan tambahan ke bandar utama di Tel Aviv dan Baitulmaqdis. - Foto Agensi

RAMALLAH - [DIKEMAS KINI] Ketibaan 1 Ramadan pada Sabtu dicemari dengan insiden keganasan setelah tiga anggota Gerakan Jihad Islam maut ditembak rejim Zionis di Tebing Barat ketika ketegangan semakin meningkat di wilayah tersebut sejak minggu lalu.

Kejadian itu berlaku ketika tentera Israel cuba memberkas mereka yang didakwa sebagai 'suspek pengganas' berhampiran bandar Jenin hingga mencetuskan insiden berbalas tembakan dan mengakibatkan empat anggota keselamatan berkenaan cedera.

Iklan
Iklan

Sayap senjata gerakan itu turut mengesahkan kematian tiga pejuang tersebut sambil menambah dua daripadanya dari Jenin dan seorang lagi dari Tulkarem.

Pada Jumaat, seorang pemuda Palestin berusia 29 tahun dilaporkan mati ditembak ketika insiden pertempuran di bandar Hebron.

Iklan

Agensi berita Wafa melaporkan mangsa dikenal pasti sebagai Ahmad al-Atrash dan menyertai protes tersebut untuk membantah projek penempatan haram Yahudi malah dia pernah meringkuk dalam penjara Israel selama enam tahun.

Susulan konflik yang semakin meruncing, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilaporkan telah mengerahkan 12 batalion tambahan ke Tebing Barat sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan peperangan berlarutan selama 11 hari yang tercetus pada Mei tahun lalu daripada kembali berulang. -Agensi

Iklan