Polis nafi dakwaan enggan terima laporan

Iklan
Ciapan mengenai individu yang dikatakan ditipu dalam urusan pemindahan wang melibatkan seorang pelanggan ketika jual beli kek membabitkan 11 transaksi pembelian. Gambar kecil: Mohamad Fakhrudin

PETALING JAYA - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menafikan dakwaan seorang individu bahawa polis enggan menerima laporannya yang dikatakan ditipu dalam urusan pemindahan wang membabitkan jual beli kek.

Individu berkenaan melakukan 11 transaksi pembelian sebelum menularkan perkara itu melalui ciapan di Twitternya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu)

Menurut beliau, kejadian itu (penipuan) berlaku sejak November 2021 sehingga Februari lalu.

Iklan

"Mangsa yang tidak membuat pengesahan pembayaran setiap kali tempahan dibuat oleh pelanggan (suspek) hanya menyedari ditipu apabila suspek cuba membuat tempahan kali ke-12," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, suspek seorang wanita tempatan ditahan pada 10 Februari oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Petaling Jaya.

Iklan

"Siasatan masih dijalankan dengan beberapa lagi tindakan sebelum kes dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut," katanya.