Malaysia laung amaran awal di Bangkok

Iklan
Kesebelasan utama Malaysia ketika berdepan Kemboja dalam saingan kumpulan A Kejuaraan Futsal AFF 2022 di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok FOTO: AFF/ATP

[DIKEMAS KINI] PENGENDALI skuad futsal negara, Chiew Chun Yong percaya para pemainnya mampu menampilkan aksi lebih bertenaga apabila berdepan Indonesia pada perlawanan kedua Kejuaraan Futsal AFF 2022 pada Isnin.

Chun Yong juga berharap pemainnya tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada aksi sulung berdepan Kemboja walaupun skuad negara menang 7-6.

Iklan
Iklan

"Perlawanan dengan Indonesia ini saya sifatkan sebagai satu perlawanan yang sukar, jadi saya harap para pemain tidak lagi melakukan kesilapan-kesilapan mudah seperti ketika menentang Kemboja.

"Apa pun, saya percaya para pemain sudah bersedia dan akan memberikan aksi terbaik. Kita akan lakukan sedikit pertukaran taktikal dalam usaha mengimbangi asakan-asakan Indonesia pada perlawanan berkenaan,” katanya.

Iklan

Dalam perlawanan kumpulan A di Stadium Tertutup Huamark itu, skuad negara terlebih dulu membuka jaringan hasil gol sendiri pemain Kemboja, Ros Sichamroeun seawal minit pertama dan minit ke-29 diikuti gol Khairul Effendy Bahrin (9'), (39'), Saiful Nizam Mohd Ali (20') dan Abu Haniffa Hasan (23', 32').

Carta kedudukan perlawanan Kejuaraan Futsal AFF 2022.

Sementara gol Kemboja dijaringkan Orkchan Sereyvong (6'), (25'), Ros Sichamroeun (17'), Diamant Prum (18'), Chanmony Tong (33') dan Sothydaroth Lun (40').

Iklan

Mengulas perlawanan berdepan Kemboja, Chun Yong mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki terutama bagi mengekang asakan lawan yang dilancarkan menerusi serangan balas.

Katanya, keenam-enam gol daripada Kemboja merupakan hasil serangan balas pantas yang dilancarkan ke pintu gol skuad negara.

"Memang saya tidak berpuas hati dengan game hari ini kerana pada separuh masa pertama para pemain langsung tidak mengikuti game plan dan hanya di separuh masa kedua mula menunjukkan peningkatan.

"Bagaimanapun, saya faham ini merupakan kejohanan antarabangsa yang pertama buat pemain khususnya bagi para pemain baharu setelah dua setengah tahun.

"Kebanyakan pemain khususnya pemain baharu masih lagi menyesuaikan diri dengan suasana sebenar pertandingan yang berintensiti tinggi dan pantas seperti ini,” katanya.