Dua wanita warga asing mangsa eksploitasi seks diselamatkan

Iklan
Rahimi
BAYAN LEPAS - Polis berjaya menyelamatkan dua wanita warga asing selepas menyerbu sebuah hotel di Jalan Sultan Azlan Shah di sini pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, mangsa yang berusia 27 dan 28 tahun itu diselamatkan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Menurutnya, dalam serbuan sama, polis menahan dua lelaki berusia 29 dan 39 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penjaga serta ejen.

Iklan
Iklan

"Mangsa dipercayai telah dieksploitasi untuk memberikan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

"Kedua-dua mangsa yang diselamatkan dan dua lelaki tersebut dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Katanya, kedua-dua suspek direman enam hari untuk siasatan lanjut.

"Kes telah disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 kerana melakukan kesalahan pemerdagangan orang yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum dengan penjara tidak lebih daripada 20 tahun dan boleh juga didenda.

Iklan

"Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan ke atas orang dewasa atau kanak-kanak adalah satu kesalahan jenayah," katanya.