Liverpool pintas Manchester City

Iklan
Fabinho (kanan) meraikan jaringan kedua Liverpool bersama Virgil van Dijk ketika berdepan Watford di Stadium Anfield. FOTO: AFP

LIVERPOOL memintas pendahulu Manchester City selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield pada Sabtu.

Dua gol setiap babak Diogo Jota pada minit ke-22' diikuti penyudah sepakan penalti jaringan Fabinho pada minit ke-89 membolehkan anak buah Jurgen Klopp mengambil alih sementara terajui liga dengan kelebihan dua mata mengatasi kelab pimpinan Pep Guardiola yang kurang satu perlawanan.

Iklan
Iklan

Manchester City akan turun berdepan Burnley di Stadium Turf Moor untuk aksi ke-30 liga malam ini mampu merampas kembali teraju liga sekiranya menewaskan The Clarets yang kini berada di tangga ke-19 daripada 20 pasukan EPL musim ini.

Liverpool selepas ini akan ke Estádio do Sport Lisboa e Benfica bagi berdepan Benfica bagi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara pada awal pagi Rabu.

Iklan
Iklan

Selepas itu The Reds akan berkunjung ke Stadium Etihad bagi berdepan angkatan Guardiola dalam perlawanan liga pada Ahad depan.