Masjid Assa'adah lakar sejarah 400 jemaah hadir tarawih

Iklan
Jemaah pelbagai lapisan umur hadir sebelum solat sunat tarawih.

MELAKA - Masjid Assa'adah Pengkalan Batu, di sini, yang boleh memuatkan kira-kira 150 jemaah kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) kini melakar sejarah tersendiri apabila solat sunat tarawih dihadiri lebih 400 jemaah.

Pengerusinya, Datuk Amzah Osman berkata, terharu dan sebak melihat situasi itu selepas dua tahun berada dalam pandemik Covid-19 dan tahun ini pertama kalinya jemaah dapat merapatkan saf dan boleh memuatkan lebih ramai termasuk kanak-kanak serta jemaah wanita.

Iklan
Iklan

"Ini nikmat yang dinanti-nantikan sejak pandemik kita terpaksa berdepan dengan kawalan dan SOP ketat akibat Covid-19.

"Kali ini sangat berbeza kerana masing-masing rindu nak solat rapatkan saf," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan
Ramai jemaah yang berpeluang menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Assa'adah Pengkalan Batu di sini, pada malam Sabtu.

Tambahnya, berharap momentum jemaah yang hadir ke masjid bertambah baik dan bukan semakin berkurangan terutama akhir Ramadan nanti.

Ujarnya, turut membuat persediaan awal dengan menyediakan lebih 40 sukarelawan bagi melancarkan perjalanan solat sunat itu dan memastikan jemaah yang hadir tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa mematuhi SOP yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka.

Iklan

"Tarawih tahun lalu kanak-kanak pun tidak dibenarkan dan tahun ini memang catat sejarah kerana kanak-kanak berpeluang mengimarah masjid sepanjang Ramadan ini," katanya.