Berjimat semasa Ramadan, kurangkan pembaziran

Iklan
Syarikat pengurusan sampah dan sisa pepejal itu ketika ini mengesan peningkatan kutipan sisa pepejal sehingga 32,000 tan pada hari ke-20 Ramadan, tahun lalu. - Foto 123rf

SHAH ALAM - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad telah mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Ahad (3 April).

Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Iklan
Iklan

Semestinya Ramadan kali ini memberikan perbezaan yang ketara setelah kerajaan mengumumkan negara beralih ke fasa endemik bermula 1 April dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, umat Islam kini dapat kembali menunaikan solat tarawih secara berjemaah selepas dua tahun tidak melakukannya di masjid atau surau.

Iklan

Namun begitu, jelasnya, perkara tersebut tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

Selain itu, orang ramai juga kelihatan sesak pulang ke kampung untuk meraikan Ramadan bersama keluarga terutama yang berada di perantauan kerana dua tahun tidak dapat menyambutnya bersama.

Iklan

Menurut tinjauan Sinar Harian, seawal hari pertama Ramadan lagi suasana di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sudah kelihatan sesak dengan orang ramai yang membeli tiket untuk pulang ke kampung halaman.

Dalam kegembiraan kita meraikan bersama keluarga yang tersayang, jangan pula kita mengabaikan amalan berjimat-cermat yang diajar oleh agama.

Umat Islam diseru supaya tidak membeli juadah berbuka puasa dengan banyak kerana akhirnya akan menyebabkan pembaziran.

Pada Ramadan lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), Datuk Mohd Zain Hassan berkata, sampah dan sisa pepejal isi rumah di ibu negara dikesan tertinggi berpunca daripada pembuangan makanan yang dibazirkan.

Selain pembaziran makanan, pembungkusan makanan plastik juga menjadi penyumbang utama peningkatan kepada sisa sampah itu ekoran pembelian makanan, berbanding tahun lalu.

Tambahnya lagi, syarikat pengurusan sampah dan sisa pepejal itu ketika ini mengesan peningkatan kutipan sisa pepejal sehingga 32,000 tan pada hari ke-20 Ramadan, tahun lalu.

Diharapkan perkara tersebut tidak berulang kembali pada tahun memandangkan amalan tersebut adalah bertentangan dengan Islam.