Perbicaraan kes Zahid Hamidi bermula Julai

Iklan
Ahmad Zahid ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 18 hari bermula 8 Julai depan untuk perbicaraan 47 kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akal Budi yang dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tarikh itu ditetapkan Hakim Collin Lawrence Sequerah pada sebutan kali pertama kes itu selepas dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Iklan
Iklan

Collin menetapkan 8 hingga 11 dan 15 hingga 17 Julai, 5 hingga 8 dan 19 hingga 22 Ogos serta 10 hingga 12 September untuk perbicaraan kes itu selepas dipersetujui pihak pendakwaan dan pasukan pembelaan.

Pendakwa Raya diketuai Datuk Raja Rozela Raja Toran manakala Ahmad Zahid diwakili beberapa barisan peguam diketuai Hisyam Teh Poh Teik.

Iklan

Terdahulu kesemua 47 pertuduhan itu dibacakan semula dan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah.

Raja Rozela memaklumkan mahkamah, kira-kira 20 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan.

Iklan

Pada 19 Oktober dan 14 Disember tahun lalu, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah atas 46 pertuduhan iaitu 11 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pada 20 Februari pula Ahmad Zahid, 66, dituduh satu lagi pertuduhan baharu melibatkan pecah amanah wang berjumlah RM260,000 milik Yayasan Akal Budi, tiga tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Zahid tak mengaku pertuduhan tambahan

Kes Ahmad Zahid dibicarakan di Mahkamah Tinggi

Ahmad Zahid didakwa pertuduhan baharu