Peniaga Mohd Hidayat Mohd Mokhtar 36 menyusun kuih tepung pelita yang berharga RM4 sebungkus untuk dijual kepada pengunjung yang hadir mendapatkan juadah berbuka puasa ketika tinjauan jurufoto Bernama pada hari pertama pembukaan Bazar Ramadan Kompleks PKNS Shah Alam hari ini.
Rata-rata peniaga melahirkan rasa kesyukuran kerana dapat berniaga semula selepas hampir tiga tahun aktivti ini tidak dapat beroperasi ekoran wabak COVID-19.
Kerajaan Malaysia telah mengumumkan tiada sekatan akan dikenakan ke atas kegiatan ekonomi termasuk Bazar Ramadan pada tahun ini selepas Malaysia kini berada dalam Fasa Peralihan Pendemik sejak 1 April lalu. - Foto Bernama