Empat rumah, stor keropok terbakar

Iklan
Keadaan lima unit rumah yang terbakar di Kampung Masjid, Tumpat pada Ahad.
TUMPAT - [DIKEMAS KINI] Empat rumah dan sebuah stor keropok segera terbakar ketika menghampiri waktu berbuka puasa pada Ramadan pertama di Kampung Masjid di sini pada Ahad.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 malam itu turut menyebabkan empat keluarga hilang tempat tinggal.

Pengusaha keropok, Fairul Aiman Mohd Noor, 24, berkata, sebelum kebakaran berlaku, dia baru tiba di rumah selang dua unit dari tempat kejadian selepas menutup operasi pada jam 6.15 petang.

Iklan
Iklan

"Tiba-tiba ibu datang memberitahu mengenai kejadian itu selepas terlihat asap tebal dari kawasan sekitar.

"Saya bergegas ke stor itu namun api marak dan tidak dapat menyelamatkan apa-apa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Iklan

Ujarnya, kerugian dialaminya dianggarkan berjumlah lebih RM50,000 apabila tujuh mesin pemprosesan keropok bersama 240 kilogram keropok segera musnah dalam kebakaran itu.

"Sepatutnya saya perlu siapkan keropok sira yang ditempah oleh pelanggan tetapi kebakaran berlaku.

Iklan

"Saya bagaimanapun tetap reda dengan ujian ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, operasi memadam kebakaran membabitkan seramai 15 pegawai dan anggota daripada BBP Tumpat, Pengkalan Kubor dan Wakaf Bharu

"Panggilan kecemasan diterima pada jam 7.15 malam dan sebaik tiba mendapati api sedang marak serta dapat dikawal pada jam 7.50 malam.

"Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.