SERDANG - Polis sedang memburu beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang lelaki maut ditetak di hadapan sebuah kedai makan di Jalan BS 6/8 Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan pada awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Serdang. Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut melibatkan lebih daripada seorang individu dan suspek terlibat dipercayai warga tempatan.