864,450 warga emas belum dapatkan dos penggalak

Iklan
Seramai 864,450 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas masih belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Seramai 864,450 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas masih belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes kematian akibat Covid-19 terkini banyak tertumpu kepada golongan tersebut.

Iklan
Iklan

Tambahnya, data yang dikongsikan itu melaporkan peratusan kadar kematian warga emas meningkat paling tinggi berbanding kumpulan usia yang lain.

"Kes kematian sekarang banyak tertumpu kepada golongan tersebut terutama yang belum ambil dos penggalak.

Iklan

"Dalam fasa peralihan ini, kita harus melindungi golongan yang berisiko tinggi seperti orang tua kita. ‘Get them boosted’,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.

Tambah Khairy, semua rakyat Malaysia perlu kekal berwaspada dalam fasa peralihan ke endemik itu.

Iklan

"Alhamdulillah masjid mula penuh untuk solat berjemaah. Terus pakai pelitup muka dengan cara yang betul.

"Masking properly (especially indoors) w/ good ventilation will be crucial in us managing Covid-19," ujarnya.