Suami maut, isteri dan anak cedera kereta bertembung

Iklan
Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki bersama isteri dan dua anaknya bertembung dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 86 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik, di Jeli pada Isnin. - Foto Ihsan pembaca

JELI - Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki bersama isteri dan dua anaknya bertembung dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 86 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik, di sini pada Isnin.

Kejadian berlaku sekitar jam 2.15 pagi itu mengakibatkan Che Mohamed Faizul Che Muda, 31, yang memandu kereta Proton Wira meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri mangsa, Haryati Rahim, 26, luka pada bahagian kening dan anak mereka Che Mohamad Rayyan, 6, mengalami kecederaan dalaman.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Jeli Superintendan Ahmad Ariffin berkata, seorang lagi anak mangsa, Che Mohamad Adam, 2, tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pihak kami menerima panggilan berhubung kemalangan yang melibatkan dua buah kereta itu pada jam 2.30 pagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati semasa kejadian pada jam 2.15 pagi itu mangsa bersama keluarga keluar dari arah Jeli menghala ke arah Tanah Merah.

Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi, kenderaan dinaiki mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW yang dipandu seorang lelaki bergerak dari arah Tanah Merah ke Jeli.

Iklan

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan pemandu Proton Wira maut di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Jeli untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan pihak polis mohon kerjasama dari saksi yang melihat kejadian untuk membantu siasatan," katanya.