SETELAH memberikan tentangan sengit pada separuh masa pertama, skuad futsal negara akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada aksi Kumpulan A Kejuaraan Futsal AFF 2022 di Stadium Tertutup Huamark, Thailand, petang tadi.
Setelah berhempas pulas menewaskan Kemboja 7-6, pada aksi sulung Sabtu lalu, skuad negara dilihat banyak melakukan kesilapan terutamanya pada separuh masa kedua.
Iklan
Iklan
Indonesia membuka jaringan menerusi Holypaul Septinus Soumilena pada minit ke-21 sebelum pemain negara Ridzwan Bakri menyamakan kedudukan seminit kemudian.
Pemain Indonesia, Firman Adriansyah kemudiannya menjaringkan gol kedua pada minit ke-29, sebelum Soumilena menjaringkan gol ketiga dan juga gol kedua peribadinya pada minit ke-35 manakala Ardiansyah Nur meledak dua gol lagi pada minit ke-39.
Skuad negara bakal berdepan Brunei pada Selasa, sebelum berdepan tuan rumah, Thailand pada aksi terakhir Kumpulan A, pada Rabu.