BUCHAREST - Seramai 617,669 warga Ukraine melarikan diri ke Romania dalam tempoh 39 hari sejak Rusia memulakan operasi ketenteraannya ke negara itu.
Menurut kenyataan Inspektorat Am Polis Sempadan (IGPF) pada Isnin, dalam tempoh 24 jam, seramai 6,729 warga Ukraine telah memasuki Romania (turun 13.9 peratus berbanding hari sebelumnya).