PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkunjung ke Bazar Ramadan Presint 3 di sini pada Isnin berpuas hati dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan peniaga dan pengunjung di bazar itu.
Beliau berkata, aspek pematuhan SOP khususnya mengimbas kod MySejahtera perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya berlaku penularan jangkitan.