Larangan niaga makanan sebelum jam 3 petang libat peniaga Islam

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

IPOH - Notis larangan menjalankan operasi perniagaan premis makanan sebelum jam 3 petang sepanjang bulan Ramadan, yang dikeluarkan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), hanya melibatkan peniaga beragama Islam.

Yang Dipertua MDPT, Mohd Syukri Azaari berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis pembatalan surat seperti yang tular itu, berkuat kuasa Khamis lepas kerana timbul salah faham dalam kalangan warga net dan masyarakat umum berkenaan notis berkenaan.

Iklan
Iklan

"Surat seumpama ini dikeluarkan setiap tahun oleh pihak MDPT sempena ketibaan bulan Ramadan yang ditujukan kepada pengusaha premis makanan beragama Islam dan tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pihak MDPT memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang dialami oleh mana-mana pihak berhubung surat berkenaan.

Iklan

Bagaimanapun, katanya kesemua pengusaha premis makanan dan pelanggan dinasihatkan untuk menghormati sensitiviti masyarakat tempatan ketika menjalani ibadah puasa dalam bulan yang mulia ini.

Beberapa hari lepas, tular notis larangan tersebut yang turut menyatakan kegagalan mematuhi arahan itu adalah menjadi kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Perak Tengah) 2017.- Bernama

Iklan