Lemak bakar hidangan unik Ramadan di Kelantan

Iklan
Norherman menunjukkan lemak bakar yang dijual di bazar Ramadan pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.

KOTA BHARU - Lemak daripada daging yang diperap dan kemudian dipanggang di atas bara menjadi hidangan unik yang terdapat di negeri ini setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Menariknya hidangan itu yang terdapat di bazar Ramadan pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini menjadi tumpuan membuatkan peniaga, Norherman Mat Hassan, 38, tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan orang ramai.

Iklan
Iklan

Norherman berkata, sejak gerainya beroperasi pada Ahad, kesemua 50 kilogram (kg) lemak lembu yang dijual habis dibeli pelanggan dalam masa dua jam sahaja.

"Lemak bakar ini saya hasilkan menggunakan resipi sendiri yang kemudian dipanggang di atas bara api.

Iklan

"Uniknya, lemak bakar saya ini dimakan begitu sahaja atau bersama sos air asam," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Lemak daripada daging yang diperap dan kemudian dipanggang di atas bara menjadi hidangan unik yang terdapat di Kelantan setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Menurutnya, keenakan rasa pada lemak bakar ini mampu membuat penggemar hidangan itu kecur air liur apabila melihat ia dipanggang atas bara api.

Iklan

Katanya, hidangan unik itu dijual pada harga RM8 secucuk.

Norherman berkata, hari biasa hidangan unik itu dijual bersama nasi kerabu di gerainya yang terletak di Tanjung Chat.

Sementara itu, Azman Mohamed, 59, yang merupakan pelanggan tetap berkata, bazar Ramadan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV menjadi lokasi utama untuk mendapatkan lemak bakar.

Lemak bakar dijual dengan harga RM8 secucuk oleh Norherman.

Katanya, lemak bakar merupakan antara hidangan yang mampu menjadi pembuka selera sepanjang bulan Ramadan.

"Rasa lemak bakar bagi saya cukup unik dan lebih sedap bila dimakan dengan nasi putih yang masih panas," katanya.