[VIDEO] Warga emas kena cekup beli nombor ekor

Iklan
Operasi bermula jam 2 petang pada Sabtu lepas itu menyasarkan premis-premis perjudian yang dikesan menjadi tumpuan orang ramai. - Foto JAIPk

IPOH - Warga emas berusia 65 tahun antara 10 umat Islam yang ditahan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam Operasi Judi yang dijalankan serentak di seluruh negeri di sini.

Operasi bermula jam 2 petang pada Sabtu itu menyasarkan premis-premis perjudian dan nombor ramalan yang dikesan menjadi tumpuan orang ramai.

Iklan
Iklan

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kesemua lelaki berusia lingkungan 25 hingga 65 tahun itu ditahan ketika sedang leka membeli nombor ramalan di premis-premis terbabit.

Operasi judi antara langkah pencegahan yang dilaksanakan JAIPk untuk mengekang aktiviti perjudian kalangan orang Islam terutama dalam bulan Ramadan. - Foto JAIPk

"Penahanan dibuat di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah (Syariah) Negeri Perak 1992 atas kesalahan berjudi atau berada di premis perjudian.

Iklan

"Walaupun ada antara mereka memberi helah dan cuba melarikan diri, namun tidak berjaya kerana ditahan semasa berada di dalam premis," katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata, operasi judi itu antara langkah pencegahan yang dilaksanakan JAIPk untuk mengekang aktiviti perjudian kalangan orang Islam terutama dalam bulan Ramadan.

Iklan