GAZA - Dianggarkan seramai 50,000 kanak-kanak lelaki dan perempuan ditahan sejak pendudukan Israel pada 1967, lapor Agensi Berita Petra.
"Kanak-kanak ini ditahan tanpa mempertimbangkan usia yang masih kecil tanpa diberikan keperluan asas kepada mereka," kata Ketua Unit Kajian dan Dokumentasi Suruhanjaya Bekas Tahanan Palestin, Abdel Nasser Farwaneh dalam satu kenyataan pada Isnin.