Rusia tingkatkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Ukraine

Iklan
Gambar fail menunjukkan seorang askar Rusia mengawal orang awam untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan di Mariupol, Ukraine. - Foto Reuters

MOSCOW - Rusia pada Isnin menegaskan telah meningkatkan bantuan kemanusiaan di Ukraine.

Negara itu membuat kenyataan itu semasa Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths melawat Moscow.

Iklan
Iklan

Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Alexander Fomin dalam pertemuan dengan pegawai tertinggi PBB itu menekankan mengenai peningkatan bantuan kemanusiaan yang diberikan Rusia kepada penduduk Ukraine di zon yang dikawalnya.

Perkara yang sama berlaku di zon pemisah pro-Rusia di timur Ukraine, tambah Kementerian Pertahanan tersebut dalam satu kenyataan.

Iklan

Fomin juga menyalahkan Kiev berikutan kemerosotan keadaan kemanusiaan selain menuduh pihak berkuasa Ukraine dan batalion nasionalis di negara tersebut yang menahan orang awam di bandar-bandar yang terjejas akibat pertempuran.

Rusia melancarkan serangan ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari lalu sekali gus mencetuskan kemarahan di seluruh dunia dan menyebabkan lebih empat juta penduduk negara berkenaan kehilangan tempat tinggal.

Iklan

Situasi kemanusiaan amat teruk di Mariupol yang merupakan sebuah pelabuhan utama di tenggara dan Kharkiv iaitu bandar kedua Ukraine di timur laut yang cuba dirampas oleh tentera Rusia.

Semasa pertemuannya dengan Griffiths, Fomin menuduh tentera Ukraine melakukan sabotaj terhadap koridor kemanusiaan bagi membolehkan orang awam meninggalkan Mariupol sambil menambah bahawa tentera Rusia telah membuka semula koridor pada pagi Isnin.

Timbalan Menteri itu juga menuduh pihak berkuasa Ukraine telah mengedarkan senjata dengan cara yang tidak terkawal kepada penduduk dengan menyatakan kebimbangan tentang peningkatan jumlah insiden yang melibatkan senjata api sehingga boleh menyebabkan kematian pekerja PBB.

Tujuan lawatan Griffiths ke Moscow adalah untuk cuba mendapatkan persetujuan tentang gencatan senjata kemanusiaan di Ukraine, menurut Ketua PBB, Antonio Guterres. - Agensi