Dovizioso kecewa kecuaian sendiri

Iklan
Aksi Dovizioso pada GP Argentina Isnin lalu. (Gambar kecil:Dovizioso)

PELUMBA pasukan WithU Yamaha RNF, Andra Dovizioso mengakui kesilapan serta kecuaiannya sendiri sebagai punca sebenar menjadikan dirinya pelumba terakhir yang melintasi garisan penamat pada Grand Prix (GP) Argentina Isnin lalu.

Menurut Dovizioso, akibat kecuaiannya itu, keseluruhan pasukan telah mengalami kegagalan pada saingan GP kali ini.

Iklan
Iklan

Justeru, pelumba berusia 36 tahun itu berharap agar insiden sedemikian yang tidak pernah berlaku sebelum ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

"Saya cukup kecewa kerana perkara seperti ini tidak pernah berlaku kepada saya sebelum ini hingga menyebabkan saya menamatkan perlumbaan dengan berada pada kedudukan tercorot.

Iklan

"Apa pun, semuanya berpunca daripada kesilapan saya sendiri hingga gagal menamatkan perlumbaan berkenaan pada kedudukan yang terbaik,” katanya.

Pada perlumbaan berkenaan, Dovizioso melakukan kesilapan dengan tidak membuka semula peranti pada peralatan di hadapan jenteranya hingga menyebabkan jenteranya tidak dapat berfungsi dengan baik.

Iklan

Tambah memburukkan keadaan, perkara berkenaan hanya disedari ketika dirinya berhenti di pit stop pada penghujung perlumbaan.

Sementara itu, Dovizioso yang hanya berjaya meraih dua mata bagi kejuaraan dunia tidak menyangka dia boleh ‘terlupa’ untuk ‘membuka’ semula peranti berkenaan.

Oleh itu katanya, dia meminta maaf kepada semua pihak, terutamanya pasukan WithU Yamaha RNF atas kesilapan saya ini.

"Saya meminta maaf kepada keseluruhan krew teknikal ada kegagalan saya kali ini dan saya berjanji untuk memberikan yang terbaik pada GP akan datang,” katanya.