Gempa bumi kuat gegar timur Indonesia

Iklan
Gambar hiasan

JAKARTA - Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Maluku Utara, timur Indonesia pada Selasa namun, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Gegaran yang berlaku pada jam 8.44 pagi waktu Jakarta (0144 GMT) itu turut dirasai di wilayah Sulawesi Utara tetapi tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi Indonesia.

Iklan
Iklan

Ketua Unit Operasi Badan Pengurusan dan Mitigasi Bencana wilayah Maluku Utara, Fehbi Alting berkata tiada kerosakan atau kemalangan jiwa di laporkan termasuk di bandar Gelela, kawasan paling teruk terjejas. - Bernama