KUALA LUMPUR - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung satu lagi kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan masih dijalankan termasuk mengesan saksi berhubung dakwaan itu.
Iklan
Iklan
"Kertas siasatan masih dalam proses untuk dilengkapkan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Pada 18 Februari lalu, Ebit, 37, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom.
Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.