PASIR PUTEH - Superintendan Zaizul Rizal Zakaria secara rasminya dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Pasir Puteh yang baharu berkuatkuasa pada Selasa.
Sebelum itu jawatan tersebut disandang oleh Deputi Superintendan Ediansha Endal yang kini menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh.
Iklan
Iklan
Langkah itu selari dengan perjawatan oleh Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan yang mahu Superintendan mengetuai kepimpinan di peringkat daerah.
Majlis Serah Terima Tugas antara kedua-dua pihak itu berlangsung di Dewan Impiana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini.
Majlis berkenaan disaksikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.