Tukang cuci didenda RM100 rakam gambar aib wanita di tandas

Iklan
Seorang tukang cuci didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana merakam gambar seorang wanita di tandas sebuah universiti. (Gambar hiasan) - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Gara-gara merakam gambar seorang wanita di tandas sebuah universiti, seorang tukang cuci yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan didenda maksimum RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Haffiz Zamri, 31, selepas dia mengaku bersalah mengambil gambar yang mengaibkan terhadap seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah universiti pada 9.30 pagi, semalam.

Iklan
Iklan

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua hari sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda tersebut.

Iklan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Mohamad Zaidi Othman yang mewakili Muhammad Haffiz memohon hukuman ringan memandangkan anak guamnya boleh dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU), meskipun keluarganya belum mendapatkan kad OKU berkenaan.

Iklan

"Ketika kejadian, kawasan itu (berada dalam) kuarantin, tetapi tertuduh mendapati tandas itu telah digunakan. Akibat perasaan ingin tahu, dia bertindak melakukan perbuatan tersebut,” kata peguam itu yang turut memaklumkan anak guamnya telah meminta maaf kepada mangsa selain menyesal atas perbuatannya. - Bernama