ISTAF iktiraf MSC

Iklan

PIHAK Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), menerusi satu kenyataan media hari ini mengumumkan bahawa Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC), diterima sebagai ahli gabungan badan induk sepak takraw antarabangsa itu.

Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan media pada Selasa sekali gus menyaksikan entiti baharu sepak takraw negara itu diterima selaku ahli gabungan ISTAF berkuatkuasa serta-merta.

Iklan
Iklan

Pengumuman berkenaan turut menyaksikan bahawa ISTAF hanya mengiktiraf MSC sebagai satu-satunya badan yang mengendalikan sepak takraw di Malaysia.