RAWANG - Penduduk khususnya pengguna jalan raya terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas di Jalan Kuang di sini yang didakwa berlarutan sejak puluhan tahun.
Sebuah video yang dimuat naik di Facebook pada Selasa tular memaparkan jalan tersebut yang didapati sesak akibat jalan dua lorong menjadi satu di Jalan Kuang berhadapan sebuah kilang simen di sini.
Video berdurasi tiga minit 58 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang merakam kesesakan tersebut turut berlaku di sekitar Taman Garing, di sini.
Menurutnya, kesesakan tersebut turut dirasai oleh pengguna jalan raya yang tinggal di Selayang, Bandar Country Homes dan sekitarnya.
"Selain daripada kesesakan orang nak masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Garing di lampu isyarat yang menyebabkan kesesakan lalu lintas, hari-hari berpuluh tahun rakyat di sini menghadapi masalah," katanya.
Pengguna tersebut turut memberitahu bahawa perkara berkenaan tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib.
"Tak tahu berapa tahun lagi kita nak hadap benda-benda ini. Ini belum lagi kalau ada kenderaan berat lalu di sini," katanya menerusi video tersebut pada Selasa.
Dalam pada itu, pengguna berkenaan turut menggesa pihak berkuasa menyelesaikan isu yang berlarutan setelah sekian lama kerana ia mengganggu pengguna jalan tersebut.