BANDARAYA KUWAIT - Perdana Menteri Kuwait, Sabah Al-Khalid Al-Sabah pada Selasa menyerahkan surat peletakan jawatan kerajaannya kepada Putera Mahkota Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, menurut agensi berita KUNA.
Agensi itu, bagaimanapun, tidak memperincikan mengenai sebab peletakan jawatan itu, lapor Agensi Anadolu.