MOSCOW - Ukraine masih menahan seramai 6,500 warga asing dari 16 buah negara sebagai tebusan dengan lebih 60 buah kapal asing disekat di pelabuhan negara itu, kata Ketua Pusat Kawalan Pertahanan Nasional Rusia, Mikhail Mizintsev baru-baru ini.
"Pihak nasionalis Ukraine terus menahan 6,501 warga asing dari 16 buah negara sebagai tebusan dan menggunakan mereka sebagai perisai manusia.
Iklan
Iklan
"Selain itu, lebih 60 buah kapal asing terus disekat di pelabuhan Ukraine. Ancaman tembakan dan bahaya periuk api di perairan dalaman dan laut wilayah (Ukraine) yang dicipta oleh Kiev (sekali gus) tidak membenarkan kapal belayar dengan selamat ke laut terbuka," kata Mizintsev.
Beliau menyatakan bahawa tentera Rusia membuka koridor kemanusiaan untuk kapal di arah barat daya dari laut wilayah Ukraine pada setiap hari dari jam 8 pagi hingga 7 malam waktu Moscow.
Maklumat mengenai operasinya disiarkan sepanjang masa melalui radio VHF di 14 dan 16 saluran antarabangsa dalam bahasa Inggeris dan Rusia dengan selang masa selama 15 minit.
"Sekali lagi kami menyeru Pertubuhan Maritim Antarabangsa dan pengurusan pemilik kapal untuk mempengaruhi pegawai Kiev untuk mengambil langkah-langkah yang bertujuan untuk membuka sekatan dan memastikan keselamatan keluar kapal-kapal negara asing dari pelabuhan Ukraine," kata Mizintsev. - Agensi
Artikel Berkaitan