Dua pemandu maut kereta bertembung

Iklan
Keadaan dua kenderaan yang terlibat kemalangan di Kilometer 29 Jalan Seremban – Kuala Pilah awal pagi Rabu. - Foto PDRM

KUALA PILAH - Dua pemandu maut apabila kereta dipandu mereka bertembung di Kilometer 29 Jalan Seremban – Kuala Pilah, berhadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chung Hua, Tanjung Ipoh di sini awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu membabitkan kereta jenis Perodua Kancil dipandu seorang wanita berusia 24 tahun dan Perodua Kenari dipandu lelaki berusia 28 tahun.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa pemandu Perodua Kancil iaitu Nur Amylia Shahira Hamidi, 24, dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu Perodua Kancil dipercayai telah hilang kawalan dan telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Kenari dipandu Mohamad Kamil Ahmad Ishak, 28, yang sedang bergerak dari arah Kuala Pilah menghala ke Terachi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Amran berkata, akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu Perodua Kancil yang merupakan seorang pengurus restoran makanan segera mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Sementara itu, pemandu Perodua Kenari meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon merah Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Iklan

"Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987," katanya.