Israel larang lelaki Palestin solat Jumaat di Masjid al-Aqsa

Iklan
Israel melarang lelaki Palestin berumur antara 12 dan 40 tahun daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat ketika Ramadan. - Foto Mahmoud Illean/AP

BAITULMAQDIS - Israel pada Selasa melarang lelaki Palestin berumur antara 12 dan 40 tahun daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat ketika Ramadan.

Hanya wanita Palestin, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan lelaki berumur lebih 50 tahun dibenarkan masuk ke Masjid al-Aqsa jika mahu menunaikan solat, menurut Agensi Anadolu, memetik pihak berkuasa Israel.

Iklan
Iklan

Lelaki berumur antara 40 dan 50 tahun perlu mendapatkan kebenaran khas terlebih dahulu.

Rakyat Palestin yang mempunyai saudara-mara di Israel akan diberi permit untuk melawat pada Ahad dan Khamis.

Iklan

Rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki perlu mendapatkan kebenaran khas untuk melawat saudara-mara dan tempat suci termasuk Masjid al-Aqsa.

Untuk keluar dari Tebing Barat yang diduduki, rakyat Palestin terpaksa melalui satu daripada 23 pusat pemeriksaan. - Bernama

Iklan