PASIR MAS - Dua sahabat yang aktif memecah dan mencuri wang dari tabung masjid sekitar jajahan ini dan Tanah Merah sanggup menggunakan hasil tersebut untuk membeli dadah tanpa rasa bersalah.
Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah hasil siasatan yang dijalankan oleh pihaknya ke atas kedua-dua suspek tersebut.
"Suspek mengaku telah memecah masuk masjid melalui bumbung dan mengumpil pintu serta tingkap untuk masuk mencuri duit dari tabung tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.
Menurutnya, kedua-kedua suspek berusia 19 dan 15 tahun ini dicekup dalam serbuan di Taman Perumahan Berdekatan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Lubok Jong pada 27 November lalu.
Katanya, kedua-dua suspek yang positif dadah methapitamine dicekup pada jam 7.46 malam.
Abdullah berkata, sebanyak 12 kes pecah tabung masjid di sekitar jajahan ini dan Tanah Merah telah menjadi mangsa kerakusan kedua-dua suspek.