Pakistan, Malaysia boleh berkongsi maklumat perangi rasuah

Iklan
Dr Mahathir memeriksa barisan kawalan kehormatan Angkatan Tentera Pakistan pada acara sambutan rasmi sempena lawatan kerjanya ke negara itu di Kediaman Rasmi Perdana Menteri Pakistan hari ini.

ISLAMABAD - PAKISTAN. Malaysia dan Pakistan boleh berkongsi maklumat dalam usaha untuk memerangi rasuah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata segala bentuk rasuah perlu dihentikan memandangkan ia akan meningkatkan kos.

Iklan
Iklan

Dr Mahathir juga bersetuju dengan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan bahawa rasuah boleh menjadikan sesebuah negara jatuh miskin.

" Kami sangat bimbang tentang rasuah. Anda perlu membayar jumlah tertentu untuk memastikan kerja tertentu dilakukan. Kadang kalanya wang dicuri oleh pegawai dan ini perlu dihentikan,” katanya pada sidang akhbar bersama selepas mengadakan pertemuan. Dr Mahathir memulakan lawatan kerja tiga hari ke Pakistan pada Khamis.

Iklan

Sementara itu, Imran Khan berkata Dr Mahathir membuat kemunculan semula yang hebat sebagai Perdana Menteri untuk memerangi rasuah.

"Kami melihat anda menentang rasuah. Parti saya (Pakistan Tehreek-e-Insaf) memulakan kempen 22 tahun yang lalu memerangi rasuah. Kami sebenarnya percaya negara bukan miskin, tetapi rasuah yang menjadikan rakyat miskin.

Iklan

" Rasuahlah yang menghancurkan institusi itu. Rasuah yang mengambil wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk manusia, wang haram di bawa ke luar negara. Mereka menjadikan (negara) miskin dan mengalihkan wang untuk pembangunan manusia,” katanya. -Bernama