Sri Lanka tarik balik darurat

Iklan
Rajapaksa menarik balik darurat yang diisytiharkan sebelum ini berkuat kuasa mulai tengah malam Selasa. - Foto 123RF

ANKARA - Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa menarik balik darurat yang diisytiharkan sebelum ini, berkuat kuasa mulai tengah malam Selasa.

Beliau sebelum ini mengisytiharkan darurat sehari selepas penunjuk perasaan berhimpun di luar rumahnya pada Khamis malam yang menuntut Presiden berundur.

Iklan
Iklan

Agensi Anadolu melaporkan polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan mendakwa pentadbiran Rajapaksa telah menyebabkan rizab pertukaran asing negara susut dan kenaikan harga makanan ruji serta kekurangan barangan keperluan seperti gas memasak dan bahan api.

Iklan

Sri Lanka dilanda krisis ekonomi terburuk menyaksikan bekalan elektrik terputus selama 13 jam selain masalah kekurangan bekalan bahan api, makanan dan ubat-ubatan.

Negara itu kini di ambang muflis kerana perlu membayar balik pinjaman bernilai AS$7.3 bilion dalam tempoh 12 bulan dan jumlah rizab berbaki kira-kira AS$2.31 bilion setakat Februari. - Bernama

Iklan