Ops Pantau: Pematuhan peniaga Selangor memuaskan

Iklan
Muhamad Zikril Azan (tengah) mengadakan pemeriksaan Ops Pantau di Pasar Borong Selangor pada Selasa.

SHAH ALAM - Prestasi pematuhan peniaga di Selangor berada ditahap memuaskan dan dalam pemerhatian rapi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor menerusi Ops Pantau.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, seramai 260 penguat kuasa dan 70 pegawai pemantau harga digerakkan melaksanakan Ops Pantau secara harian berkuat kuasa 3 April lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi tersebut bertujuan memantau pergerakan harga dan bekalan di pasaran sepanjang Ramadan dan persediaan Aidilfitri.

"Lokasi tumpuan Ops Pantau meliputi bazar Ramadan/Aidilfitri, pasar awam, pasar raya terpilih, kedai runcit dan penjualan secara dalam talian.

Iklan

"Fokus pemantauan melibatkan aspek harga, bekalan, aktiviti jualan murah,alat timbang, barangan tiruan atau cetak rompak, penggunaan perbahasaan halal, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri 2022 dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, KPDNHEP Selangor telah memeriksa 309 premis perniagaan di bawah Ops Pantau pada 3 April dan 4 April lalu.

Iklan

Jelasnya, menerusi pemeriksaan itu, KPDNHEP Cawangan Gombak telah menemui tiga premis melakukan ketidakpatuhan melibatkan aspek penandaan harga dan penggunaan alat timbang dan sukat.

Beliau menasihatkan peniaga di Selangor untuk kekal memberikan kerjasama dan konsisten mematuhi keperluan di bawah Ops Pantau.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

"Pengguna boleh membuat aduan jika terdapat salah laku dalam kalangan peniaga menerusi WhatsApp (019-279 4317), portal (e-aduan.kpdnhep), call centre (1-800-886-800) dan emel (e-aduan@kpdnhep.gov.my)," katanya.