Covid-19: Tahap kesihatan Mohd Amar bertambah baik

Iklan
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah

KOTA BHARU - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah sedang berehat di rumah selepas mengalami gejala jangkitan Covid-19.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selepas diajukan soalan berkait dengan perkembangan terkini timbalannya itu yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor.

Iklan
Iklan

Ahmad berkata, tahap kesihatan Mohd Amar ketika ini semakin bertambah baik.

"Beliau ada mohon untuk berehat, jadi kita beri. Kita mahu Mohd Amar kembali bertugas semula selepas beliau sihat sepenuhnya.

Iklan

"Alhamdulillah beliau (Mohd Amar) sudah nampak gagah (bertenaga) dan bercakap dengan penuh semangat," katanya.

Menurutnya, Mohd Amar dijangka akan kembali bertugas dalam masa terdekat.

Iklan

Beliau berkata, rakyat negeri ini diseru untuk terus berdoa semoga Mohd Amar diberikan kesembuhan dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.

Naib Presiden Pas itu dilaporkan mengalami gejala Covid-19 selepas pulang dari berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 13 Mac lalu.

Ekoran itu, Mohd Amar tidak menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang berIangsung pada 28 hingga 31 Mac termasuklah program anjuran kerajaan negeri.