Aksi 'besar' berdepan Lyon

Iklan
Moyes gembira Jaarod Bowen disahkan boleh beraksi. - Foto Getty Images

PENGENDALI West Ham, David Moyes menyifatkan aksi berdepan Lyon pada suku akhir pertama Liga Europa sebagai satu perlawanan ‘besar’ bagi skuad kendaliannya itu.

Justeru menurut Moyes, dia telah merangka pelan taktikal bagi mengharungi perlawanan berkenaan selain membawa bekalan selesa menjelang aksi suku akhir kedua kelak.

Iklan
Iklan

"Perlawanan ini merupakan ‘sesuatu yang ‘besar’ bagi kita di mana kini sudah pun berada di peringkat suku akhir.

"Perlawanan ini akan berlangsung pada Khamis dan kemudiannya pada Khamis akan datang.

Iklan

"Apa pun, pemain sudah sedia maklum mengenai tugasan masing-masing di mana mereka perlu beraksi seperti berdepan Sevilla pada saingan kalah mati jika mahu menewaskan Lyon dan seterusnya mara ke separuh akhir,” katanya.

Untuk rekod, West Ham tewas 0-1 kepada Sevilla pada aksi pertama kalah mati sebelum menang 2-0 pada aksi kedua saingan kalah mati untuk layak ke suku akhir.

Iklan

Sementara itu, Moyes berharap dapat menurunkan kesebelasan terbaik bagi mengharungi aksi suku akhir berkenaan.

Malah, Moyes turut gembira apabila tonggak serangan, Jarrod Bowen disahkan pulih dan boleh beraksi pada perlawanan berkenaan.

"Selain Bowen, beberapa pemain lain juga dikatakan cergas dan bersedia untuk beraksi.

"Apa pun, kami perlu bersedia dan menjadi lebih tajam terutamanya di depan pintu gol, lebih pantas, bijak menyempurnakan peluang selain bertahan dengan baik dalam usaha memastikan kemenangan,” katanya.