Suami isteri dipercayai ejen angkut PATI ditahan

Iklan
Kenderaan dipercayai memuatkan semua PATI berkenaan ditahan dalam satu operasi di Pontian pagi Selasa

PONTIAN - Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki terbabit dengan kegiatan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi di Jalan Tebing Kiri Sungai Sanglang di sini, pagi Selasa.

Pegawai Pemerintah, Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Superintendan Dimin Awang berkata, turut ditahan 10 PATI dari Indonesia yang dipercayai baharu tiba ke negara ini.

Iklan
Iklan

"Menerusi operasi ini, 10 PATI terdiri daripada lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 17 hingga 57 tahun ditahan bersama suspek yang mana kita percaya baharu mendarat ke negara ini menggunakan laluan laut.

"Pasangan yang masing-masingnya berusia 47 dan 38 tahun itu dipercayai bertindak sebagai ejen pengangkutan sebaik PATI tiba ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Iklan

Dimin berkata, soal siasat ke atas PATI yang ditahan itu mendapati kesemua mereka dikenakan bayaran sebanyak RM2,700 setiap seorang oleh ejen di negara asal mereka sekiranya mahu memasuki Malaysia.

"Tangkapan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 26(a) Akta Atipsom 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Iklan

Polis juga merampas dua telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Produa Alza yang digunakan mengangkut PATI berkenaan,” katanya.