Pekerja muzium pulangkan wang RM500 milik pengunjung tercicir

Iklan
Akramuddin (dua,kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada Mohd Nor di Banda Hilir, di sini, pada Rabu.

MELAKA - Kejujuran seorang kakitangan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Mohd Nor Abd Rahman, 41, yang memulangkan wang tunai RM500 pengunjung ketika membuat rondaan di Muzium Kapal Selam wajar diberikan pujian.

Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM, Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, tindakan itu bukan sahaja boleh dijadikan contoh nilai murni yang baik malah mencadangkan kepada pihak pentadbiran PERZIM supaya inidividu itu turut terpilih antara kakitangan yang akan mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) pada akhir tahun ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian itu bukan kali pertama kakitangan PERZIM memulangkan wang tunai atau barangan berharga milik pengunjung yang tercicir.

"Tahun lalu juga terdapat dua atau tiga kes kakitangan PERZIM memulangkan barangan berharga kepada pengunjung.

Iklan

"Barangan berharga itu akan disimpan selama tiga bulan untuk dituntut oleh pemiliknya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada Mohd Nor Banda Hilir di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Pengurus Besar, Mohd Nasruddin Rahman.

Iklan

Sementara itu, Mohd Nor yang bertugas di muzim tersebut sejak 20 tahun lalu berkata, dia menjumpai sejumlah wang tunai itu di atas rumput di kawasan letak kereta muzium berkenaan ketika sedang membuat rondaan pada Jumaat lalu.

Menurutnya, dua tahun lalu dia juga pernah menjumpai beg pengunjung yang mengandungi wang tunai serta beberapa barang berharga.

"Insiden sebelum ini barang diserahkan semula kepada pemiliknya setelah individu itu datang menuntut di kaunter muzium.

"Cuma berbeza kali ini, ia ditularkan rakan setugas dan dapat perhatian pihak pentadbiran PERZIM," katanya.