Sukan SEA: Harimau Muda, Thailand satu kumpulan

Iklan
Skuad B-23 negara pada aksi kelayakan Piala Asia di Mongolia, Oktober 2021 lalu. - Foto: FB FAM

SKUAD bawah 23 tahun (B-23) negara diundi bersama Thailand dalam kumpulan B saingan Sukan SEA Hanoi, Vietnam yang menyingkap tirai pada Mei depan.

Turut diundi bersama-sama satu kumpulan dengan skuad Brad Maloney - Kemboja, Singapura dan Laos.

Iklan
Iklan

Sementara itu, tuan rumah Vietnam yang juga dilabel selaku pasukan pilihan dijangka berdepan saingan sengit apabila diundi bersama Indonesia dalam Kumpulan A.

Skuad Naga Emas Muda itu juga akan berdepan saingan Myanmar, Filipina dan Timor-Leste dalam kumpulan sama.

Iklan
Iklan