Cemburu motif lelaki dipukul dalam video tular

Iklan
Tangkap layar klip video tular memaparkan seorang lelaki dikasari beberapa individu di dalam sebuah rumah pada Ahad.

NIBONG TEBAL - Cemburu dipercayai menjadi motif seorang lelaki dipukul di dalam sebuah rumah pada Ahad lalu yang mana dua rakaman video mengenainya tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, polis membuka kertas siasatan berhubung video tular berkenaan mengikut Seksyen 498 iaitu kerana membawa lari wanita yang sudah berkahwin dengan niat jenayah serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak polis juga telah menahan suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

"Berdasarkan siasatan, kejadian itu dipercayai bermotifkan cemburu sehingga menimbulkan perselisihan faham.

Iklan

"Mangsa dipukul dan mengalami kecederaan pada kepala serta lengan kanan. Dia dibawa ke Hospital Sungai Bakap dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut. Sehingga kini, mangsa masih belum membuat sebarang laporan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, pihak polis telah melengkapkan kertas siasatan dan kes berkenaan telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk perhatian dan arahan lanjut,”

Iklan

Pada pagi Selasa, dua rakaman video, masing-masing berdurasi 26 saat dan 44 saat, telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook memaparkan seorang lelaki dikasari oleh beberapa individu.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di sini kira-kira jam 12.50 tengah malam Ahad.

Chong Chern berkata, polis menerima dua laporan berhubung kejadian tersebut, bagaimanapun salah satu daripadanya telah ditarik balik.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya membuat laporan polis dan menyerahkan kepada agensi penguat kuasa untuk tindakan susulan sekiranya berlaku kejadian jenayah," katanya yang turut menasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.