TUMPAT - Seorang penyelia kurier cedera akibat bergelut dengan seorang perompak bersenjatakan pisau yang memecah masuk rumahnya pada waktu sahur di Kampung Laut Tiga, Palekbang, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, kejadian berlaku pada jam 4.45 pagi ketika mangsa berusia 50 tahun, bangun dari tidur untuk bersahur.
"Mangsa terserempak dengan seorang lelaki memakai topeng serta memegang sebilah pisau di ruang tamu rumahnya. Lelaki tersebut menyuruh mangsa membuka pintu untuk dia keluar.
"Semasa mangsa menghampiri, suspek mengacukan pisau menyebabkan mangsa mengambil sebuah kerusi kayu untuk mempertahankan diri dan memukul suspek,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.