KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi mandat penuh kepada Biro Politik yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan strategi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bersama parti-parti politik lain.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan pada Rabu berkata, keputusan MPT Bersatu itu dibuat dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin pada Selasa.