Melaka United hilang fokus dek tunggakan gaji

Iklan
Antara aksi menarik perlawanan Melaka United menentang Sabah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat. - Foto Melaka United Football Club

ISU tunggakan gaji yang menghantui Melaka United dilihat menjejaskan prestasi pemain skuad Hang Tuah itu apabila hilang motivasi untuk bermain dan terpaksa akur kekalahan 0-1 kepada Sabah FC di Stadium Hang Jebat dalam perlawanan Liga Super pada Selasa.

Pengendali Melaka United, Risto Vidakovic berkata, anak buahnya telah melakukan yang terbaik mengikut rancangan perlawanan, tetapi mereka kelihatan tertekan dengan situasi yang menimpa pasukan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kami mempunyai sedikit masalah dan saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana tidak mampu untuk bekerja dengan baik dalam situasi ini.

"Jika kami tidak dapat bekerja dengan baik, anda tidak boleh mengharapkan apa-apa kerana ia adalah situasi sukar buat kami,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan pada Selasa.

Iklan

Sebagai jurulatih, Vidakovic berkata, tidak pernah berdepan situasi itu sebelum ini dan ia kali pertama buatnya.

"Sukar untuk saya berkata apa-apa kepada para pemain kerana mereka telah memberikan segala-galanya untuk pasukan ini dan perlawanan malam ini," katanya lagi.

Iklan

Pada aksi itu, Sabah berjaya menjaringkan gol tunggal pada minit ke-25 menerusi pemain import dari Korea Selatan Park Taesu sekali gus membawa pulang tiga mata dari laman lawan.

Mengulas lanjut, Vidakovic berharap pihak pengurusan kelab dapat menyelesaikan isu itu segera dan berharap semua pemain dapat memberikan persembahan terbaik pada perlawanan seterusnya menentang KL City FC, Sabtu ini.