Jadikan ajaran Islam asas lapor kebenaran

Iklan
Tengku Abdullah bergambar bersama para pemenang bagi setiap kategori.

KUANTAN - Pengamal media perlu menjadikan ajaran Islam sebagai asas amalan dan etika kewartawanan dalam melaporkan kebenaran.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, Islam melarang mendedahkan keburukkan dan keaiban seseorang tanpa maslahah atau kepentingan jelas.

Iklan
Iklan

Baginda bertitah, Islam juga melarang penyiaran berita berunsur fitnah, lucah, palsu dan memperbesarkan sesuatu perkara yang tidak berkepentingan.

"Justeru pengamal media hendaklah sentiasa bertakwa dan takut kepada ALLAH dalam setiap tugasan berita yang dilakukan.

Iklan

"Sebagai pengamal media hendaklah bersifat amanah kepada diri sendiri dan masyarakat dengan menyiarkan kebenaran dan menolak kepalsuan,”titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berucap sempena Majlis Anugerah Media Pahang- DRB Hicom 2018 di sini, malam tadi.

Iklan

Tengku Abdullah berkata, media perlu menekan aspek penyaringan dan penapisan berita yang ketika sebelum ia disiarkan.

"Kita wajar mencontohi sarjana Islam terdahulu dalam memilih, menyaring dan analisa yang ketat sebagai syarat menerima kesasihan sesebuah berita ,”titah baginda.

Menurut baginda, tanggungjawab pihak media melapor dan mendedahkan kebenaran serta menolak maklumat yang tidak benar.

"Sebagai pengamal media yang beretika, mereka mempunyai peranan yang penting untuk mendidik dan menyekat penyalahgunaan media sosial demi memastikan negara kita kekal aman, makmur dan sejahtera.

"Peranan media amat besar. Media sebelum merdeka berjaya menyuntik semangat nasionalisme hingga berjaya menyatukan rakyat untuk bangkit berjuang menuntut kemerdekaan negara makala peranan pengamal media kini untuk mengekal dan mengisi kemerdekaan itu,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah, sebarang kepincangan dalam negara hendaklah dilaporkan tanpa takut atau berat sebelah.

"Ke arah itu, pengamal media mestilah sentiasa bersifat objektif dan tidak berpihak kepada mana-mana fahaman politik atau kumpulan.

"Mereka juga juga memikul peranan dalam membina semangat patriotisme dan nasionalisme selain menyemai dan membina perpaduan kaum dan agama.

"Pengaruh besar media boleh menjadikan mereka sebagai pejuang hak asasi mahupun sebagai peruntuh asas demokrasi,”titah baginda.

Kerana itulah titah baginda, seorang pengamal media perlu sentiasa jujur dan melaksanakan tugas dan pengamal media jadikan ajaran Islam sebagai asas amalan dan etika kewartawanan.