KRG dapat bantu guru berehat selepas mengajar

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Para pendidik menyambut baik cadangan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik supaya sekolah menyediakan Kawasan Rehat Guru (KRG) yang kondusif untuk guru releks dan berehat selang atau selepas waktu mengajar.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abd Razak berkata, KRG yang dilengkapi dengan kemudahan seperti internet, bilik bacaan, sudut kopi dan bilik perbincangan dapat membantu guru mengatasi stres sebelum meneruskan tugas mendidik pelajar.

Iklan
Iklan

"NUTP mempunyai 230,000 anggota di seluruh negara. Kawasan Rehat Guru boleh membantu guru menenangkan minda mereka, justeru menyumbang lebih produktif dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) di sekolah,” kata beliau kepada Bernama hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah disaran wujudkan kawasan rehat guru

Iklan

Sementara itu, seorang guru, Zulfazlan Jumrah, 32, dari Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan berkata kemudahan tersebut akan memberi peluang kepada guru untuk memulihkan tenaga bagi meneruskan sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC).

Beliau berkata, kemudahan itu boleh menjadi motivasi tambahan untuk guru kerana sesetengah guru perlu mengajar untuk tempoh yang lama, kadang-kala melebihi 34 hingga 40 jam seminggu.

Iklan

Guru Matematik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakun Belaga, Sarawak, Ronald Tom Agan, 36, mengalu-alukan cadangan itu sambil berkata KRG penting kerana guru perlu berada di sekolah semasa waktu sekolah termasuk waktu rehat guru dan tidak boleh berehat di luar kawasan sekolah. KRG juga diperlukan sekarang kerana kebanyakan guru sekarang terpaksa berada di sekolah selepas waktu sekolah untuk menjalankan pelbagai program termasuk kelas kurikulum tambahan, katanya.

Beliau berkata, bilik guru tidak sesuai dijadikan KRG kerana fungsinya sebagai ruang kerja.

Kaunselor SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah, Cory Benniso Shanty, 33, berkata adalah penting KRG tidak disalahguna sebagai tempat untuk lepak dan tidak mengabaikan tugas yang mesti dilaksanakan oleh guru-guru itu sendiri.

Guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMKJ) Perempuan, Perak Nursyazana Ahmad Safuan, 25, berkata KRG adalah ruang yang efektif untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara rakan sekerja.

"Guru tidak perlu releks terlalu lama di Kawasan Rehat Guru, cukup untuk minum dan berbual-bual dengan rakan untuk seketika. Dalam masa 15 minit saya fikir sudah cukup," kata Nursyazana yang mengajar Bahasa Melayu. - Bernama