Pembuat dodol daun palas Rojini Razak, 46, menyiapkan tempahan dodol semasa ditemui di Kampung Batangan di sini hari ini.
Dodol yang dibungkus secara tradisional menggunakan daun palas kini masih mendapat tempat di hati peminat juadah istimewa pada Hari Raya.
Iklan
Iklan
Ini kerana rasa lemak manis dodol yang dicampur dengan aroma daun palas yang telah disalai atau dilayur menjadikan makanan tersebut sering dicari terutama pada bulan Ramadan dan Aidilfitri.
Rojini yang mewarisi perusahaan dodol daun palas daripada arwah ibunya, Esah Mamat sejak 2014 menjelaskan bagi menjaga kualiti dan rasa dodol, proses memasak dan mengacau makanan itu kebiasaanya memakan masa sehingga lapan jam. Malah dodol yang dihasilkan daripada kayu arang juga lebih sedap berbanding menggunakan mesin kerana ia membuatkan dodol mudah hangus.
Kampung Batangan yang terletak di daerah Marang, kira-kira 25 kilometer dari Kuala Terengganu sememangnya sangat terkenal dengan penghasilan dodol daun palas dan penduduk di situ menjadikan ia sebagai perusahaan yang diwarisi dari generasi ke generasi.